Tuesday, February 8, 2022

Estetika Minggu 6

Hari: Rabu, 9 Februari 2022

Matapelajaran: Estetika

Tajuk: Perkembangan Motor Halus (Menggunting)

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Menggunting garis lurus, garis melengkung dan bentuk.


Arahan:

A. Murid-murid dan ibubapa hendaklah melihat video panduan menggunting dengan cara yang betul dibawah sebelum membuat aktiviti menggunting. 


B. Apabila murid-murid sudah boleh menggunting, murid-murid bolehlah mencuba menggunting latihan kerja yang disediakan. Aktiviti hendaklah dibuat di bawah pengawasan ibu bapa/ penjaga demi keselamatan anak awda. 

Tips menggunting:

💥Murid hendaklah berasa selesa semasa menggunting.

💥 Biarkan murid-murid ambil masa menggunting, tidak perlu bergegas menyelesaikan aktiviti tersebut kerana cikgu akan memberi masa satu minggu untuk membuat aktiviti ini. 

💥Peranan ibubapa cuma memantau murid, biarkan murid-murid mencuba aktiviti ini sendiri bagi mengukuhkan skill motor halus murid. 

Alat-alat diperlukan: 3 lembar kertas latihan & gunting.




💥Sila buat aktiviti tersebut dan rakam video  proses anak-anak menggunting tidak lewat dari hari Selasa, 15/2/2022. Aktiviti ini ialah sebagai latihan/ pengukuhan bagi aktiviti murid minggu hadapan. 

💥Hasil kerja tidak perlu di hantar, hanya video pendek anak-anak menggunting (30 saat- 1 minit) dan hasil kerja harus dihantar kepada Cikgu Hanisah melalui Whatsapp. 

No comments:

Post a Comment