Tuesday, October 5, 2021

Estetika & Daya Kreatif Minggu 37

 Hari: Rabu, 6 Oktober 2021

Matapelajaran: Estetika & Daya Kreatif

Tajuk: Kapal Terbang Saya

_______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A dan Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Hari ini kita akan belajar membuat kapal terbang kertas.

Objektif Pembelajaran:

1) Membuat kraftangan kapal terbang menggunakan kertas 


Arahan:

A. Sila tonton video pembelajaran dibawah hingga selesai

https://drive.google.com/file/d/1RL8yWSxkU2_IZFibB1UVq0XabJBfupp4/view?usp=sharing



B. Aktiviti murid.


*Sila hantar hasil kerja murid kepada guru hari ini selewat-lewatnya jam 8 malam. 


Contoh hasil kerja:


Awal Sains Minggu 37

 Hari: Rabu, 6 Oktober 2021

Matapelajaran: Awal Sains

Tajuk: Permainan yang mengeluarkan bunyi

_______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A yang cikgu kasihi sekalian.

Hari ini kita akan belajar tentang permainan yang mengeluarkan bunyi. 

Objektif Pembelajaran:

1) Mengenal jenis-jenis permainan yang mengeluarkan bunyi


Arahan:

A. Sila lihat video pembelajaran dibawah hingga selesai



B. Murid-murid akan membuat 1 aktiviti:-

1) Lembaran Kerja; Lampiran boleh di download melalui link ini:-https://drive.google.com/file/d/1wf9KWhB1ZGH3A1-X7nieSyEDUZcKVNSi/view?usp=sharing

💢Semua hasil kerja boleh di hantar kepada Cikgu Hanisah hari ini selewat-lewatnya 8 malam. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan melalui Whatsapp. 


Sekian Terima Kasih😊


Sunday, October 3, 2021

Perkembangan Bahasa Melayu Minggu 37

 Hari: Isnin, 4 Oktober 2021

Matapelajaran: Perkembangan Bahasa Melayu

Tajuk: Permainan Dalam

____________________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A dan Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Hari ini kita akan belajar tentang permainan dalam. 

Objektif pembelajaran: 

1) mengenal jenis-jenis permainan dalam

2) bercerita mengenai permainan dalam


Arahan:

A. Sila lihat video pembelajaran dibawah hingga selesai



B. Murid-murid akan membuat 3 aktiviti iaitu:

1) Ejaan

🔅Ibu bapa boleh berkongsi catatan kepada cikgu di akhir aktiviti ini sama ada murid boleh membuat ejaan dengan sendiri atau murid memerlukan bantuan🔅

2) Membaca cerita pendek mengenai Farah dan permainan dalam. Bahan cerita boleh di download di link ini:-

https://drive.google.com/file/d/16BUJiQBUcvNDb_Y_uHCFnEtBHYeGC8ut/view?usp=sharing


3) Bercerita pendek mengenai permainan dalam yang di sukai. Sila rakam murid bercerita. Contoh video bercerita:- 


Sila hantar hasil kerja murid selewat-lewatnya hari ini jam 8 malam. Terima kasih😊