Tuesday, February 15, 2022

Estetika Minggu 7

Hari: Rabu, 16 Februari 2022

Matapelajaran: Estetika

Tajuk: Warna-warna pelangi 

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: 

1)Mengenal warna-warna pelangi

2) Melukis dan mewarna pelangi mengikut urutan


Arahan:

A. Sila lihat video pembelajaran di bawah.



B. Aktiviti melukis dan mewarna pelangi mengikut arahan di dalam video. Sila lukis dan warna pelangi mengikut urutan. 

Alat-alat diperlukan: Kertas putih, pensil, alat mewarna (pensil warna ATAU krayon ATAU magic pen ATAU cat warna/painting)

Contoh hasil kerja:


💥Sila gambar hasil kerja kepada Cikgu Hanisah melalui Whatsapp dan hantar kerja murid pada hari Sabtu, 19hb Februari 2022 semasa penghantaran dan pengambilan HLP (Home Learning Pack). 

Awal Sains Minggu 7

Hari: Rabu, 16 Februari 2022

Matapelajaran: Awal Sains

Tajuk: Fungsi Anggota Tubuh Badan 

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Mengenal fungsi anggota tubuh badan 

Arahan:

A. Baca doa belajar sebelum belajar. 

B. Sila tonton video pembelajaran murid. 


B. Sila lengkapkan 2 aktiviti kuiz online.

Kuiz 1->https://www.liveworksheets.com/rv1538331mu

Kuiz 2-> https://www.liveworksheets.com/ba1602464lr


💥Lengkapkan 2 aktiviti diatas dan sila tekan butang "FINISH". Utk menyemak jawapan yang betul, sila tekan butang "check my answer". Sila screenshot aktiviti murid dan hantar kepada Cikgu Hanisah selewat-lewatnya malam ini jam 8 untuk pembuktian kerja murid. 

Tuesday, February 8, 2022

Estetika Minggu 6

Hari: Rabu, 9 Februari 2022

Matapelajaran: Estetika

Tajuk: Perkembangan Motor Halus (Menggunting)

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Menggunting garis lurus, garis melengkung dan bentuk.


Arahan:

A. Murid-murid dan ibubapa hendaklah melihat video panduan menggunting dengan cara yang betul dibawah sebelum membuat aktiviti menggunting. 


B. Apabila murid-murid sudah boleh menggunting, murid-murid bolehlah mencuba menggunting latihan kerja yang disediakan. Aktiviti hendaklah dibuat di bawah pengawasan ibu bapa/ penjaga demi keselamatan anak awda. 

Tips menggunting:

💥Murid hendaklah berasa selesa semasa menggunting.

💥 Biarkan murid-murid ambil masa menggunting, tidak perlu bergegas menyelesaikan aktiviti tersebut kerana cikgu akan memberi masa satu minggu untuk membuat aktiviti ini. 

💥Peranan ibubapa cuma memantau murid, biarkan murid-murid mencuba aktiviti ini sendiri bagi mengukuhkan skill motor halus murid. 

Alat-alat diperlukan: 3 lembar kertas latihan & gunting.




💥Sila buat aktiviti tersebut dan rakam video  proses anak-anak menggunting tidak lewat dari hari Selasa, 15/2/2022. Aktiviti ini ialah sebagai latihan/ pengukuhan bagi aktiviti murid minggu hadapan. 

💥Hasil kerja tidak perlu di hantar, hanya video pendek anak-anak menggunting (30 saat- 1 minit) dan hasil kerja harus dihantar kepada Cikgu Hanisah melalui Whatsapp. 

Awal Sains Minggu 6

Hari: Rabu, 9 Februari 2022

Matapelajaran: Awal Sains

Tajuk: Anggota Tubuh Badan 

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Mengenal anggota tubuh badan bahagian badan dan kaki

Arahan:

A. Sila tonton video pembelajaran murid. 



B. Aktiviti murid ialah memadankan nama anggota tubuh badan dengan gambar yang betul. 


💥Sila buat aktiviti tersebut dan hantar gambar hasil kerja kepada Cikgu Hanisah selawat-lewatnya esok. 

💥Buku aktiviti Awal Sains ini perlu dihantar pada 12hb Februari 2022 semasa pengambilan/penghantaran HLP (Home Learning Pack). 

Tuesday, February 1, 2022

Estetika Minggu 5

 Hari: Rabu, 2 Februari 2022

Matapelajaran: Estetika

Tajuk: Diri Saya

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Melukis dan mewarna lukisan diri saya. 

Arahan:

A. Sila tonton video pembelajaran murid. 


B. Aktiviti ini memerlukan buku lukisan, pensil dan pensil warna.

1) Sila lukiskan diri sendiri

2) Warnakan lukisan tersebut

3) Isi jawapan kosong "Nama saya __________". (Murid boleh mencuba sendiri) 

Contoh hasil kerja:- 


💥Sila buat aktiviti tersebut dan hantar gambar hasil kerja kepada Cikgu Hanisah selawat-lewatnya esok. 

💥Lembaran kerja ini perlu dihantar pada 6hb Februari 2022 semasa pengambilan/penghantaran HLP (Home Learning Pack). 

Awal Sains Minggu 5

 Hari: Rabu, 2 Februari 2022

Matapelajaran: Awal Sains

Tajuk: Anggota Tubuh Badan 

______________________________

Assalamualaikum murid-murid Pra A & Pra B yang cikgu kasihi sekalian.

Objektif Pembelajaran: Mengenal anggota tubuh badan bahagian kepala

Arahan:

A. Sila tonton video pembelajaran murid. 


B. Aktiviti murid ialah melekatkan gambar anggota tubuh badan dengan betul. (Buku aktiviti awal sains mukasurat 7).


💥Sila buat aktiviti tersebut dan hantar gambar hasil kerja kepada Cikgu Hanisah selawat-lewatnya esok. 

💥Buku aktiviti Awal Sains ini perlu dihantar pada 6hb Februari 2022 semasa pengambilan/penghantaran HLP (Home Learning Pack).